Tuan/ puan yang dihormati,
Salam 1Malaysia
Selaras dengan konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji kemungkinan pelaksanaan gaji minimum kebangsaan untuk pekerja sektor swasta di Malaysia. Kajian ini juga selaras dengan hala tuju Kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha mempertingkatkan taraf hidup isirumah berpendapatan rendah.
Tidak dinafikan, masih terdapat segelintir rakyat yang hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI), malahan ramai pekerja yang menerima upah kurang daripada RM750 sebulan. Sebagai contoh, analisis gaji yang ditawarkan oleh majikan dalam program Fast Track KSM bagi bulan Oktober - Disember 2009, menunjukkan gaji purata pekerja tempatan seperti dalam jadual berikut:
Jadual 1 : FastTrack: Gaji dan Elaun Purata Pekerja Tempatan mengikut Sub-Industri Sektor Pembuatan Berdasarkan kiraan gaji purata bagi lima sub-sektor berkenaan iaitu Elektrik & Elektronik, Perabot, Plastik, Sarung Tangan Getah dan Tekstil, gaji pokok purata adalah
RM626.76 sebulan manakala gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah
RM762.20 sebulan.
Peningkatan kos sara hidup terutamanya harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, golongan berpendapatan rendah ini menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di kawasan bandar. Cadangan penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan permasalahan ini.
Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat penetapan gaji minimum kebangsaan akan membawa kepada implikasi negatif kerana ia boleh menjejaskan kuasa pasaran (distort market forces). Pelaksanaan gaji minimum juga boleh menyebabkan ‘kehilangan’ beberapa kategori pekerjaan di peringkat rendah yang masih ada permintaan terutamanya untuk golongan yang mudah terjejas (vulnerable groups) khususnya mereka yang bekerja di luar bandar dan secara tidak langsung akan meningkatkan kadar pengangguran negara.
Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia amat mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat, idea, cadangan dan komen yang boleh disalurkan melalui blog ini atau menerusi e-mail: gaji-minimum@mohr.gov.my bagi membantu Kerajaan dalam menggubal dasar dan strategi mengenai gaji minimum.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan pelaksanaan gaji minimum, sila layari pautan gaji minimum yang disediakan.
Kerjasama tuan/ puan amat saya hargai dan didahului dengan berbanyak-banyak ucapan terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Menteri Sumber Manusia
803 comments:
«Oldest ‹Older 801 – 803 of 803Tìm hiểu về máy giặt hấp sấy LG Styler S5GFO màu xanh khói công nghệ mới nhất 2021
Tìm hiểu về máy giặt hấp sấy LG Styler S5BFO màu be công nghệ mới nhất 2021
Tìm hiểu về máy giặt hấp sấy LG Styler S5MPC kính pha lê công nghệ mới nhất 2021
Máy giặt hấp sấy LG Styler S5GFO chính hãng giá tốt
Máy giặt hấp sấy LG Styler S5BFO hàng nội địa
Máy giặt hấp sấy LG Styler S5MPC công nghệ 2021
Great content.Thanks for taking your time to share.Could you be wondering where you could Buy Nursing Case Study online? Get in touch with us and have your case study at a pocket friendly rate.
Post a Comment