Gaji Minimum Sektor Swasta telah diumumkan oleh
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
dalam Majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta yang telah diadakan pada 30
April 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). YAB Perdana
Menteri dalam ucapan beliau telah mengumumkan tiga perkara
penting berkaitan gaji minimum iaitu:
1.
Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam
semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali pekhidmat
domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya;
2.
Kadar gaji minimum bagi Semenanjung
Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara
bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM 800
sebulan atau RM3.85 sejam. Kerajaan juga menyediakan mekanisme
pelaksanaan supaya gaji minimum yang ditetapkan ini tidak membebankan
majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan
sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum; dan
3.
Tarikh mula kuat kuasa
pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum
diwartakan. Walau bagaimanapun,
untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil atau ‘micro
enterprises’ membuat persediaan sepenuhnya agar perniagaan mereka tidak
terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori ini ialah 12 bulan daripada
tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi kepada
firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma
guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka
mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang, mereka perlu mematuhi gaji
minimum ini dalam masa 6 bulan.
Rakyat Malaysia khususnya majikan dan pekerja
sektor swasta dialu-alukan untuk menyalurkan maklum balas, pandangan dan
pertanyaan berkaitan Gaji Minimum Sektor Swasta yang telah diumumkan dan pihak
Kementerian akan memberikan jawapan dan maklum balas sewajarnya.
32 comments:
part-timers mcm kmi ni mcm mna?dpt 900 jugak ke?itu mcm kalu, kaya beb!
Salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada PM kita yang amat prihatin kepada rakyat Malaysia. Apa lagi yang kita mahukan? semuanya telah disediakan di Malaysia. Apa yang tidak ada, kita ada kan, apa yang tak betul, kita semua boleh berbincang.
Saya suka dengan pengumuman ini, tapi saya ada satu cadangan. Ada satu bank di Malaysia yang tidak banyak cawangan, tapi hak milik orang Singapura. Bagi saya, pengurusannya ok cuma waktu berkerja untuk adalah sangat lama iaitu dari 9pagi hingga ke 7 dan 8 malam. Ia sangat tidak masuk akal. Waktu berkerja ini adalah hanya untuk pekerja kontrak yang mana 99.9% adalah melayu. Berkerja sampai 5 tahun pun masih lagi kontrak dan tidak diserapkan kepada pekerja tetap. Berkenaan gaji pula, semua pekerja kontrak berdasarkan komisen yang mana mereka sentiasa mengubah point atau purata mengikut kehendak mereka. Saya sangat sedih dengan keadaan ini. Saya ingin bersuara tapi berkemungkinan besar akan diberhentikan kerja. Saya tiada pilihan. Kerja baru dalam sektor perbankan amat sukar pada masa ini. Diharap pihak yang berwajib dapat membuat sesuatu. Terima kasih.
Baguslah kerana kerajaan telah melaksanakan gaji minimum di sektor swasta. Semoga ia akan dapat membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.
Sayang juga sebab tak semua dapat menikmati gaji minimum yang disarankan kerajaan. Ada sektor yang tidak terlibat.
Saya dari industri hotel ingin mengetahui jika "service point" termasuk sekali di dalam gaji minima? Sebagai contoh jika gaji pokok ialah RM300 dan service point ialah 3 (1 point=RM250)gaji yang diterima ialah RM1020.
Di harap pihak Kementerian dapat memberikan penjelasan dalam isu ini.
Terima Kasih
sy nk ty pekerja swasta seperti syarikat travel juga termasuk @ x?
Salam.
terima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan dasar gaji minimum untuk sektor swasta. Namun, saya lihat masih ramai lagi syarikat yang tidak betul-betul melaksanakan apa yang diarahkan kerajaan. Bagaimanakah tindakan yang akan di ambil oleh kerajaan ke atas syarikat-syarikat ini? Itu belum termasuk lagi kepada syarikat yang tidak membayar KWSP kepada pekerjanya.
Jika pihak majikan swasta tidak patuhi, apa tindakan susulan yang dapat kerajaan lakukan terhadap majikan yang degil?
Lain kali klu taknak bg org confuse atau keliru atau kemuka sebarang persoalan, jgn guna term 'gaji minimum', gunalah term 'pendapatan minimum' so majikan & pekerja faham dgn jelas maksud dia..
Gaji minimum adalah baik untuk semua tetapi wujud ketidakseimbangan antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Pekerja tempatan dan asing masing2 mendapat gaji min RM900 tetapi pekerja tempatan perlu bayar rumah, kereta, anak sekolah dsb ttp pekerja asing kebanyakannya menikmati rumah dan pengangkutan percuma krn disediakan oleh majikan. Jadi, secara teorinya baki gaji pekerja tempatan akan jadi lebih rendah dari pekerja asing.
Saya cadangkan cukai2 yg kerajaan ambil dr syarikat2 n kecil2 sektor swasta dikurangkan,dan lebihan diberi kepada kami sektor swasta
if dia tk nk ikut mcm mna
Boleh tak saya nak bagi cadangan supaya Pihak Yang berkuasa bertindak dengan menyemak mana-mana syarikat yang enggan menaikkan gaji pekerja. sebab masih ada syarikat yang tidak berbuat demikian. Harap ada tindakan.
dalam jangka pendek aku rasa pasti banyak syarikat/perniagaan boleh bungkus psl expenses mendadak naik, kalau bisnes yg baru nak start pon sakit ler.
Aku nak tanye PKR, apa diorg punye pendapat psl mende nih?
Ini semua politikal shit saje bg aku, pancing undi..tp perniagaan kecil akan sakit, cth mcm hotel bajet yg customer bukan hari2 ramai, time sekolah bukak mana ada sgt customer...huhu
tu gaji untuk orng tenpatan je ke untuk pendatang jugk ??
macam mana pulak kalau gaji untuk guru tadika swasta???ada kah kami guru tadika swasta layak mendapat gaji minimum rm900 sebulan waktu bekerja kami dari pukul 7.30am-1.00PM...SILA JELAS KAN
kalau di ikutkan gaji yg kami terima sekarang mmg tidak mencukupi mengikut kos sara hidup sekarang makin meningkat gaji kami guru tadika rm450 sebulan...jadi kami minta perhatian pihak berkuasa untuk memastikan kami sebagai guru tadika swasta dapat menikmati gaji minimum rm900 yang telah diumumkan oleh Yab Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia...kami harap dengan gaji minimum rm900 tersebut dapat meringankan beban kami...salam 1malaysia
Gaji minimun ni termasuk elaun ke yg rm900 tu..
Harap pihak kementerian dapat mengkaji semula gaji minima untuk taska yang membebankan. Penganiayaan akan berterusan kepada ibubapa juga jika pengusaha taska menaikkan kadar yuran semasa. Harus diambil kira nisbah yang harus diikut oleh pihak taska, 1 pengasuh: 3 bayi...kadar yuran bayi secara purata adalah RM250 x dgn 3 org knk2 = RM750...berapa peratuskah kadar yuran perlu dinaikkan utk menampung kos pengurusan taska?...adakah kami perlu menggadaikan seluruh harta kami utk menanggung kos tambahan seumur hidup??...tolongla jgn menindas pengusaha taska kecil seperti kami...itu belum lg isu epf & perkeso...tahap kemampuan kami ada batasnya...kalau dikira keuntungan..lebih byk xde dari ade...atas dasar rasa kebajikan...kami gagahkan juga...itu pun masih ramai belum sedar akan kepentingan taska dlm masyarakat...harap kami diberi perhatian yang sepenuhnya supaya negara dpt tenaga kerja yg berkualiti dimana mereka bole bekerja dgn sng hati dgn menghantar ank mereka di tpt yg selesa dan selamat.
Untk rakyt malaysia ke atau termasuk warga asing
Kalau cuma kerja untuk 3 bulan aje macam mana?
Adakah pekerja separuh masa, pendatang asing, dan pekerja dlm probation termasuk dpat bayaran gaji minima???minta penjelasan segera
Salam 1m. Saya minta kepastian adakah pekerja asing juga layak mendapatnya. Ada keburukannya juga. Mungkinkah pihak atasan bagi satu organisasi swasta mengambil pekerja asing lagi ramai dari pekerja tempatan untuk kepentingan peribadinya. Contohnya lagi ramai dia mengambil pekerja asing, lagi byk dia dpt komisyen. Ini akan menambahkan lagi pengangguran warga tempatan jika perkara ini berlaku di suatu organisasi yang mementingkan $$$. Alasannya warga tempatan tidak mahu bekerja di organisasi tersebut. Harap pertimbangkan jika gaji kita tiada beza dengan warga asing.
taiklah! yg ramai2 tanya kat sini sape nak jawab sebenarnya? syarikat aku pon ada beribu pekerja tapi masih tak naikkan gaji. Nak buat aduan kat mana tak pulak aku tau.
adakah Pekerja kedai runcit termasuk dalam kategori pekerja domestik?
Hari ini kilang tempat saya bekerja, SonFuat Precision Inds Bhd Lot1037, Batu2, Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat Johor mengeluarkan arahan pemotongan RM150-RM170 daripada gaji minimum RM900 yang dibayar di atas sebab itu bayaran pengangkutan. Apakah itu sesuatu yang dibenarkan?
Terima kasih
an2falah@gmail.com
Salam tuan. Saya seperti kawan-kawan lain berpendapat skim gaji minimum ini hanya akan menguntungkan pendatang asing yg bekerja disektor-sektor tertentu. Hampir keseluruhan warga kerja kolar biru yg terlibat merupakan pekerja import.Harap dibuat kajian semula kerana ini akan menyebabkan pengeluaran duit tunai yang tinggi ke luar negara.
How to survive if we only being paid for 900 monthly??
Perbezaan antara RM 900 di Setiu dan RM900 kat tempat lain. Cuba bezakan. Untunglah yg duduk area kampung tu kalau kalau jadi pembantu klinik gigi. Sepatutnya selaraskan mengikut keadaan kawasan sesuatu tempat. Budak diploma pon gaji RM1200. Tolak ptptn 200, dh tinggal 1000. Hanya 100 perbezaan antara budak ofis diploma dgn pembantu klinik yg mungkin hanya mempunyai PMR.
Kami inginkan perubahan semoga pilihanraya kali ini akan mengubah semuanya. terima kasih Malaysia
All websites templates at All website Tools
900 isn't enough. all we must do is take a extra job.. :(
Saya pekerja securiforce bahagian CIT ingin mengadu mengapa tidak dinaik kan gaji lagi..masih gaji minima rm 500 gaji pokok.berapa lama lagi kami harus tunggu.harap ada pihak yang bole membantu.terimakasih
Post a Comment