GAJI MINIMUM SEKTOR SWASTA


PENGUMUMAN

Majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta akan diadakan pada 30 April 2012 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya

Pengenalan KSM

Kata-kata aluan Y.B Menteri

Tuan/ puan yang dihormati,

Salam 1Malaysia

Selaras dengan konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji kemungkinan pelaksanaan gaji minimum kebangsaan untuk pekerja sektor swasta di Malaysia. Kajian ini juga selaras dengan hala tuju Kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha mempertingkatkan taraf hidup isirumah berpendapatan rendah.

Tidak dinafikan, masih terdapat segelintir rakyat yang hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI), malahan ramai pekerja yang menerima upah kurang daripada RM750 sebulan. Sebagai contoh, analisis gaji yang ditawarkan oleh majikan dalam program Fast Track KSM bagi bulan Oktober - Disember 2009, menunjukkan gaji purata pekerja tempatan seperti dalam jadual berikut: Jadual 1 : FastTrack: Gaji dan Elaun Purata Pekerja Tempatan mengikut Sub-Industri Sektor Pembuatan

Berdasarkan kiraan gaji purata bagi lima sub-sektor berkenaan iaitu Elektrik & Elektronik, Perabot, Plastik, Sarung Tangan Getah dan Tekstil, gaji pokok purata adalah RM626.76 sebulan manakala gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah RM762.20 sebulan.

Peningkatan kos sara hidup terutamanya harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, golongan berpendapatan rendah ini menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di kawasan bandar. Cadangan penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan permasalahan ini.

Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat penetapan gaji minimum kebangsaan akan membawa kepada implikasi negatif kerana ia boleh menjejaskan kuasa pasaran (distort market forces). Pelaksanaan gaji minimum juga boleh menyebabkan ‘kehilangan’ beberapa kategori pekerjaan di peringkat rendah yang masih ada permintaan terutamanya untuk golongan yang mudah terjejas (vulnerable groups) khususnya mereka yang bekerja di luar bandar dan secara tidak langsung akan meningkatkan kadar pengangguran negara.

Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia amat mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat, idea, cadangan dan komen yang boleh disalurkan melalui blog ini atau menerusi e-mail: gaji-minimum@mohr.gov.my bagi membantu Kerajaan dalam menggubal dasar dan strategi mengenai gaji minimum.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan pelaksanaan gaji minimum, sila layari pautan gaji minimum yang disediakan.

Kerjasama tuan/ puan amat saya hargai dan didahului dengan berbanyak-banyak ucapan terima kasih.

Datuk Dr. S. Subramaniam
Menteri Sumber Manusia








Friday, May 4, 2012

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)

9 comments:

lelaki kacak said...

Saya rasa ramai rakyat Malaysia yang belum tahu tentan akta ini termasuk saya. Terima kasih admin kerana memberi maklumat lengkap ini. Syabas...

Astro Lab said...

Pelaksanaan gaji minimum di malaysia (minimum wage in malaysia) adalah perlu memandangkan beban kos sara hidup yang telah meningkat dan ianya sesuatu yang wajar. Dengan pelaksanaan gaji minimum ini secara tidak langsung merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap golongan pekerja di malaysia.

faiz@ herbalife malaysia said...

Info yg bagus...thanks.

Aidil omar said...

baru jumpa info ni kat sini thanks for reveal it

Website Design said...

Just came across this blog. Wasn't aware of the minimum wage thing. Thanks for info!

bibil said...

selalu buat kebijakan yang memihak rakyat :)

SEO Malaysia said...

now the haze is coming, any effort taken by Malaysian government to make it not appear again , at least start from next year ?

Anonymous said...

Pertanyaan saya mengenai perkhidmatan kontrak sekolah seperti tukang kebun sekolah , adakah gaji minima 900 atau masih 600 ?? seperti yang berikut tahun 2013 majikan menerima kontrak untuk sebuah sekolah lebih kurang rm7 ribu untuk 8 orang pekarja jadi majikan membayar rm600 , tetapi tahun 2014 majikan yang baru menerima kontrak sebanyak lebih kurang rm14 ribu bagi 8 orang pekarja dalam sebuah sekolah ,demikian adakah majikan harus membayar rm900 gaji minima kepada pekerja atau masih buleh mengekal kan rm600 gaji minima. saya mohonkan jawapan. "rintihan dari golongan org tua sebagai tukang kebun sekolah"

Anonymous said...

Untuk makluman tuan tukang kebun di kecualikan gaji 900. Jd gaji tukang kebun tak naik la.

Kongsikan Bersama